Ketua Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, menegaskan bahawa dia belum membincangkan mengenai penyerang, Robert Lewandowski, dengan Real Madrid.

Lewandowski -- yang menjaringkan sekurang-kurangnya 40 gol untuk Bayern bagi musim ketiga berturut-turut -- dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid.

Bagaimanapun, Rummenigge berkata pemain antarabangsa Poland itu, yang mempunyai baki kontrak sehingga 2021, masih mempunyai komitmen untuk Bayern.

"Robert benar-benar setia, siapa yang menyuarakan khabar angin, kami tidak tahu. Ia tidak penting," katanya kepada Munchner Merkur.

"Kami dua kali duduk bersama-sama dengan penyelia Real untuk makan tengah hari -- tiada perkataan yang dituturkan mengenai Lewandowski."

Beliau menambah: "Saya benar-benar tenang kerana seperti yang saya katakan selama berminggu-minggu, kita ada kontrak."

Lewandowski terus menyinar selepas tiba di Bayern dari Borussia Dortmund pada 2014, termasuk menjaringkan 89 gol Bundesliga dalam tiga kempen lalu.