Batshuayi sertai Besiktas selepas lanjutkan kontrak di Chelsea

Muzaffar Musa
Ogos 19, 2021 01:05 MYT
Michy Batshuayi melanjutkan kontraknya bersama Chelsea sehingga 2023 dan menyertai Besiktas secara pinjaman bagi musim 2021-22.
Batshuayi, yang menyertai The Blues pada 2016, lebih benyak menghabiskan waktu itu dengan dipinjamkan ke kelab lain.
Dia memperkuatkan Borussia dortmund pada 2018 sebelum bergelut di Valencia pada musim berikutnya dan menghabiskan separuh kedua musim 2018-19 bersama Crystal Palace.
Penyerang Belgium itu menjadi sasaran Palace dalam jendela perpindahan selepas itu tetapi memilih untuk kekal di Chelsea. Dia kemudian melakukan 24 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.
Batshuayi kembali ke Selhurst Park musim lalu tetapi hanya menjaringkan dua gol daripada 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat The Eagles.
Pemain berusia 27 tahun itu telah memasuki tahun terakhir dalam kontraknya bersama Chelsea tetapi memilih untuk menyambungnya dan sah akan menghabiskan satu musim secara pinjaman bersama juara Turki, Bersiktas.

?#BatsmanRises pic.twitter.com/o1WJwmu60B

— Beşiktaş JK (@Besiktas) August 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya amat-amat gembira untuk menyertai Besiktas," kata Batshuayi, yang menerima sambutan hangat sebaik tiba di Istanbul, dalam satu ciapan Twitter.
"Ia satu peluang besar buat saya dan saya sudah tidak sabar untuk bermain.
"Terima kasih buat penyokong yang memberikan sambutan gila di Istanbul. Jumpa anda di stadium tidak lama lagi," katanya.
#Chelsea #Besiktas #Michy Batshuayi #Liga Perdana Inggeris