Bastian Schweinsteiger diusir dari bilik persalinan United

Najmi Iman
April 19, 2024 03:02 MYT
Pemenang Piala Dunia edisi 2014,, Bastian Schweinsteiger, mendedahkan cerita sebenar mengenainya bersama Jose Mourinho ketika bermain bersama pasukan Manchester United.
Bekas pemain Bayern Munich itu menyertai pasukan Manchester United pada tahun 2015 dengan merekodkan penampilan sebanyak 35 perlawanan bersamaan 2,071 minit permainan sambil mengumpul dua gol ketika mewakili kelab itu.

Nah, this is sad. Schweinsteiger narrating how John Murtough stopped him from entering the dressing room on Mourinho's order. Even Gary Neville was speechless and couldn't believe it. ? [@WeAreTheOverlap]pic.twitter.com/YE7ctOGshc

— UF (@UtdFaithfuls) April 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam sesi wawancara bersama lagenda United, Gary Naville, Schweinsteiger memberitahu bahawa Jose tidak menyukainya dan menghantar dia ke pasukan bawah 23 tahun skuad The Red Devils dari berlatih bersama pasukan utama.
“Pengarah bola sepak, John Murtough, menghalang saya dari memasuki bilik persalinan di pusat latihan United di Carrington tanpa sebarang sebab dan berkata ia merupakan arahan dari ketua jurulatih, Jose Mourinho," katanya.
#Manchester United #Jose Mourinho #Bastian Schweinsteiger #Gary Naville