Pep Guardiola berkemungkinan menyertai Juventus dan bekas pertahanan, Andrea Barzagli, menegaskan "keputusan masih belum dilakukan" sementara kelab itu dikaitkan dengan pengendali Chelsea, Maurizio Sarri.

Sarri dilaporkan sebagai pilihan untuk mengambil alih daripada Massimiliano Allegri untuk membimbing juara Serie A, Juve, yang juga turut dikaitkan dengan pengendali Manchester City, Guardiola.

Bagaimanapun, Guardiola kelihatan enggan bertukar angin selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dua tahun berturut-turut dan Barzagli yakin kelab itu akan melakukan pemilihan yang tepat.

"Ramai yang beranggapan kelab akan mengambil Sarri sebagai ketua jurulatih tetapi keputusan masih belum dilakukan," kata Barzagli.

"Pengarah Bianconeri tidak pernah melakukan kesilapan dalam melakukan keputusan dan pada pendapat saya, mereka akan memilih pengendali yang tepat untuk pasukan.

"Saya tidak tahu apa yang telah dibincangkan tetapi saya mendengar kebarangkalian membawa Guardiola ke Turin. Ia adalah satu impian menyaksikan Juve dibimbing Guardiola.

"Allegri telah bertugas di bawah tekanan selama lima tahun tetapi dia mengekalkan apa yang dipamerkan oleh Antonio Conte."