Barcelona sah tandatangani Eric Garcia daripada Manchester City

Muzaffar Musa
Jun 2, 2021 03:00 MYT
Barcelona mengesahkan bahawa Eric Garcia akan menyertai pasukan itu daripada Manchester City secara perpindahan percuma pada bulan depan.
Pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu bersetuju dengan kontrak selama lima tahun di Camp Nou dengan klausa pelepasan bernilai €400 juta (RM2 bilion).
Garcia akan menandatangani kontraknya hari ini sebelum dia diperkenalkan sebagai pemain terbaru Barca dalam sidang media.
Pertahanan kelahiran Barcelona itu akan kembali ke akademi kelab yang dipilih untuk ditinggalkannya pada usia 16 tahun bagi menyertai Pep Guardiola di Manchester City.
Empat tahun sejak itu, Garcia telah berkembang dengan pesat di Stadium Etihad sehingga diberikan peranan dalam pasukan utama.
Bagaimanapun, keengganannya untuk menandatangani kontrak baru menyaksikan dia ketinggalan di belakang Ruben Dias dan John Stones dalam jadual perlawanan padat sepanjang musim 2020-21.
Dan punca utama keengganannya itu akhirnya terjawab apabila pemain kebangsaan Sepanyol itu sah akan kembali ke negara kelahirannya.

Home is where the heart is. pic.twitter.com/FQRV2L4n4R

— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester City #Barcelona #Liga Perdana Inggeris