Barcelona menandatangani Rey Manaj daripada Albacete dengan bayaran pendahuluan €700,000 (RM3.15 juta) untuk mengikat bekas penyerang Inter Milan itu sehingga Jun 2023.

Yuran perpindahan itu boleh meningkat sehingga €2 juta (RM9 juta) berdasarkan bonus prestasi semasa sepanjang tiga setengah tahun ini dan pemain berusia 22 tahun berkenaan dijangka akan membarisi Barca B dalam liga divisyen tiga.

Selepas memulakan karier profesionalnya bersama Cremonese, pemain kebangsaan Albania itu -- yang memiliki klausa pelepasan bernilai €50 juta (RM225.1 juta) dalam kontraknya bersama Barca -- berpindah ke Inter dan melakukan enam penampilan bersama kelab itu sebelum dipinjamkan ke Pescara, Pisa dan Granada.

Manaj menyertai Albacete pada Julai 2018 secara pinjaman sebelum memuktamadkan pembelian secara tetap.

Dia menjaringkan sembilan gol daripada 39 penampilan buat pasukan Divisyen Segunda itu.



Editor: Muzaffar Musa