Cesc Fabregas berkata untuk membayangkan Lionel Messi menamatkan hubungannya bersama Barcelona -- dan mendakwa Cristiano Ronaldo merupakan inspirasi buat pemain berusia lebih 30 tahun.

Fabregas bakal menyaksikan pertembungan Barcelona dengan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi Rabu ini, di mana menyaksikan perlawanan antara Messi dan Ronaldo.

Pemain tengah Monaco, Fabregas, merupakan rakan sepasukan Messi di Barcelona sejak akademi dan telah bergandingan dalam skuad utama di antara 2011 dan 2014.

Mereka telah memenangi LaLiga, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab, Copa del Rey dan Supercopa de Espana bersama ketika Fabregas di The Blaugrana.

Penyerang Argentina, Messi, 33, telah berada di Barcelona selama dua dekad tetapi khabar angin tetap deras mengenai masa depannya dengan kontraknya bakal berakhir tahun depan.

Apabila ditanya jika dia berasakan Messi akan kekal di Camp Nou, Fabregas bertungkus-lumus memikirkan kemungkinan dia bermain di tempat lain.

"Barcelona adalah rumahnya," kata Fabregas. "Mereka telah menjadi pasukannya sejak dia kecil [tetapi] ia adalah pilihan yang sangat peribadi, saya tidak mahu masuk campur.

"Dia seorang yang merendah diri. Dia suka hidup seperti orang normal sehinggakan, walaupun menjadi bintang, dia ingin bergerak tanpa orang keselamatan. Dia juga mempunyai hati yang besar, dia selalu bersedia untuk menolong anak-anak yang sakit dan orang-orang yang susah."


Pemain berusia 33 tahun itu mengakui penyerang Juventus, Ronaldo, 35, merupakan inspirasi kepada pemain-pemain yang mahu mencapai tahap tertinggi dalam karier mereka.

Messi dan Ronaldo sebelum ini telah bertemu dalam lima perlawanan UCL, dengan Messi mendahului 3-0 ke atas Ronaldo dalam menghasilkan jaringan.

Ia merupakan pertembungan pertama kali sejak Mei 2011 antara Barcelona dan Real Madrid dan pertama kali pemain kelahiran Portugal itu menyarung jersi Juventus.

"Saya tidak mengenai Cristiano secara peribadi, tetapi semua memberitahu dia seorang yang sangat profesional dan memiliki mentaliti yang menakjubkan.

"CR7 mungkin tidak akan melepasi pemain begitu kerap dengan gerakannya, tetapi dia menjaringkan banyak gol. Saya berharap terus beraksi sehingga 36 tahun, supaya saya memiliki karier selama 20 tahun.

"Sekarang lebih rumit daripada pada masa lalu kerana kita pemain mempunyai lebih banyak maklumat dan kita menguruskan diri dengan lebih baik: dari rehat hingga pemulihan, hingga pemakanan.

"Contohnya, saya tidak pernah minum alkohol dan minuman berkarbonat."