Barcelona dilaporkan dalam perbincangan dengan kelab Liga Perdana Inggeris mengenai tawaran pinjaman bagi pertahanan kebangsaan Perancis, Clement Lenglet.

Dua kelab dalam perbincangan mengenai perpindahan sementara bagi musim 2021-22 itu termasuk pilihan pembelian wajib pada akhir pinjaman, menurut Gerard Romero.

Tidak disebutkan mengenai kelab mana yang dibincangkan oleh Barca mengenai Lenglet tetapi nampaknya bukan Everton atau West Ham United.

Everton dikaitkan dengan perpindahan untuk Lenglet musim panas ini. Jurulatih baru, Rafa Benitez, dikatakan berminat menjadikan pemain berusia 26 tahun itu sebagai pemimpin jentera pertahanan The Toffees.

Lenglet adalah salah satu daripada beberapa pemain Barca dianggap bersedia untuk dijual jika tawaran yang lumayan tiba setelah kempen yang cukup mengecewakan untuk kelab dan negara.

Pertahanan itu merupakan pemain tetap pada awal musim tetapi kian hilang arah dan tempat malah mungkin juga terus diketepikan bagi musim depan jika kekal di Nou Camp.