Barcelona jimat RM593.9j potong gaji pemain

Shaiful Shamsudin
November 28, 2020 02:40 MYT
Barcelona secara prinsip telah mencapai persetujuan dengan barisan pemain mengenai langkah pemotongan gaji yang akan menjimatkan €122 juta (RM593.9j).
Gergasi LaLiga itu bekerja keras untuk menurunkan bil gaji mereka di sebalik masalah kewangan yang dipengaruhi situasi wabak COVID-19.
Dalam satu kenyataan semalam, Barca mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan pemain mereka.
Seiring dengan simpanan €122 juta, mereka juga mengatakan beberapa pembayaran bernilai €50j (RM243.4j) ditangguhkan untuk jangka masa tiga tahun.
"Perjanjian yang akan dimeterai ini boleh menjadi titik tolak untuk kami menangani situasi ekonomi semasa," kata kelab itu.

❗ Joint statement from the FC Barcelona salary negotiation table ℹ The details: https://t.co/KQlUFUnbRc

— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perjanjian itu sedang menunggu pengesahan muktamad daripada pemain dan jurulatih dalam masa beberapa hari lagi.
Barca dipercayai mempunyai salah satu tangga gaji tertinggi di Eropah yang menyaksikan pemain seperti Luis Suarez, Ivan Rakitic dan Arturo Vidal terpaksa dilepaskan dalam jendela perpindahan lalu.
Pasukan bimbingan Ronald Koeman itu bergelut di tangga ke-13 LaLiga dan akan berdepan Osasuna malam esok.
#Barcelona #LaLiga #Covid-19