Pemain tengah Barcelona, Rafinha, akan terlepas baki saingan musim 2016-17 selepas menjalani pembedahan lutut.

Pemain kebangsaan Brazil itu mengalami kerosakan meniskus ketika Barca meraih kemenangan 4-1 ke atas Granada dan telah dihantar ke pusat perubatan untuk menilai keadaannya.

Penyandang juara LaLiga itu mengumumkan semalam, pemain berusia 24 tahun itu bakal terlepas baki musim kerana memerlukan empat bulan untuk pulih sepenuhnya, yang bermakna Rafinha juga akan terlepas permulaan musim hadapan.

Berita ini tenyata memberikan satu petanda buruk buat pengendali pasukan, Luis Enrique, yang meletakkan sasaran untuk menjulang 'treble' musim ini.

Barca bakal bertemu Malaga, awal pagi esok dengan harapan untuk memberikan tekanan kepada pendahulu LaLiga, Real, yang menerima kunjungan musuh ketat, Atletico Madrid.

The Catalans, yang telah pun menempah slot ke aksi final Copa del Rey, akan berkunjung ke Turin bagi aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Juventus pada Selasa.

Rafinha telah membuat 28 penampilan buat Barca musim ini dan telah menjaringkan tujuh gol.