Kapten Napoli, Lorenzo Insigne, berkata kematian Diego Maradona amat pedih buat bandar itu selepas kelab Serie A itu mempergayakan jersi ala skuad Argentina bagi menghargai legenda kelab itu ketika mengatasi Roma 4-0.

Maradona -- dianggap sebagai pemain terbaik dunia yang memimpin Napoli kejuaraan Scudetto pada 1987 dan 1990 -- meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Selepas mengatasi Rijeka dalam saingan Liga Europa, Napoli turun beraksi buat kali pertama dalam saingan Serie A sejak pemergian Maradona Ahad lalu dan ia merupakan suasana yang penuh beremosi di Stadio San Paolo.

Napoli mempergayakan jersi bertemakan Maradona -- di mana ia merupakan jaluar biru muda dan putih ketika mereka meraih kemenangan terbesar ke atas Roma dalam saingan Serie A, selepas melakukannya dengan bilangan jaringan yang sama pada 1980 dan 1971.


Insigne -- lahir dan membesar di Naples -- membuka jaringan menerusi sepakan percuma.

Fabian Ruiz, penjaring gol terbanyak Napoli, Dries Mertens dan Matteo Politano turun menemui sasaran.

"Suasana tentu memberi kita motivasi tambahan, kerana kami ingin memberi penghormatan kepada idola kami," kata Insigne.

"Ini menyakitkan dan kami mengambil berat lebih dari sebelumnya malam ini untuk memberikan persembahan hebat untuknya dan kota yang sedang menderita."

Napoli naik ke kedudukan kelima di Serie A, enam mata terlepas dari pendahulu tanpa kalah Milan.

Gennaro Gattuso juga memperoleh kemenangan kemenangan ke-50 sebagai ketua jurulatih dalam saingan Serie A, menjadi pengendali Napoli pertama yang memenangi dua pertembungan Serie A pertama ke atas Roma.