Mario Balotelli bermula cemerlang dalam saingan Serie B dengan jaringan debut yang terhasil dalam tempoh empat minit untuk Monza berdepan Salernitana.

Bekas penyerang Milan dan Manchester City, Balotelli berhijrah ke Monza -- yang dimiliki oleh bekas ketua pengawai Rossoneri, Silvio Berlusconi -- awal bulan ini sehingga tamat musim.

Pemain berusia 30 tahun itu membuat penampilan dalam saingan Serie B itu awal pagi tadi, bergandingan bersama Kevin-Prince Boateng.

Dan Balotelli memerlukan tiga minit dan 53 saat untuk meledak gol selepas menampan masuk hantaran silang Carlos Augusto dengan percubaan pertama perlawanan dengan sentuhan pertamanya.