Pemain remaja Barcelona, Gavi, memenangi anugerah berprestij, Kopa Trophy, dalam Majlis Ballon d'Or di Paris awal pagi tadi.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu menjadi pemain Barca kedua berturut-turut memnenagi anugerah itu -- yang diberikan kepada pemain muda terbaik di bawah usia 21 tahun -- selepas seorang lagi pemain tengah mereka, Pedri, memenangi anugerah sama tahun lalu.

Gavi menjadi tumpuan selepas menembusi pasukan utama Barca dan diberikan penghargaan atas prestasi cemerlangnya sepanjang musim 2021-22.

Kecemerlangan pemain muda itu turut menyaksikan dia mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan Sepanyol dan kelihatan akan menyertai Piala Dunia Qatar bulan depan.

Pemain tengah Real Madrid, Eduardo Camavinga, muncul pemain kedua terbaik anugerah itu mananakala Jamal Musiala daripada Bayern Munich pula menduduki tangga ketiga di atas Jude Bellingham (Borussia Dortmund) dan Nuno Mendes (Paris Saint-Germain).

Gavi melakukan 34 penampilan dalam LaLiga musim lalu, di mana dia menjaringkan dua gol dan menghasilkan enam bantuan jaringan.