Pemenang tujuh Ballon d'Or, Lionel Messi, tiada dalam senarai pendek 30 pemain bagi edisi 2022.

Messi -– yang memenangi tahun lalu itu -– mengharungi musim pertama yang mengecewakan di Paris Saint-Germain (PSG) pada musim lalu selepas tiba secara percuma dari Barcelona dengan menyumbang 11 gol dalam 34 perlawanan.

Tiga gol dalam dua perlawanan pada permulaan musim baru belum cukup untuk melihat Messi tercalon tetapi nama seteru ketatnya, Cristiano Ronaldo, yang mewakili Manchester United dimasukkan.

Enam bekas sepasukan Ronaldo di Real Madrid telah dinamakan dalam kalangan 30 termasuk pilihan utama untuk anugerah itu, Karim Benzema, sementara enam penyertaan masing-masing daripada duo Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dan Liverpool.

Calon-calon untuk anugerah berprestij itu diumumkan dengan nama-nama handalan turut tidak terlepas termasuk Sadio Mane (Bayern Munich) dan Kevin De Bruyne (Manchester City) yang muncul antara tiga calon utama di samping Benzema dan Thibaut Courtois.



Benzema berhajat untuk membawa pulang gelaran itu selepas menjaringkan 27 gol dalam 32 perlawanan LaLiga ketika Madrid memenangi kejuaraan berganda termasuk merekodkan 15 gol dalam 12 perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) tatkala Los Blancos menjulang mahkota Eropah ke-14 mereka di Paris, Mei lalu.

Trofi Yashin untuk penjaga gol terbaik akan dipertandingkan dalam kalangan 10 calon yang menyaksikan pertembungan Courtois dan Kevin Trapp yang membantu Eintracht Frankfurt menjuarai Liga Europa.

10 calon untuk Piala Kopa bagi anugerah pemain terbaik B-21 terdiri daripada enam pemain Bundesliga yang diketuai Jude Bellingham (Borussia Dortmund) dan Jamal Musiala (Bayern.

Pemenang Ballon d'Or Feminin tahun lalu, Alexia Putellas, diumumkan sebagai salah seorang daripada 20 calon walaupun terlepas Euro Wanita 2022 akibat kecederaan.

Majlis Ballon d'Or itu akan diumumkan pada 17 Oktober depan, sebulan sebelum Piala Dunia di Qatar diadakan.

Senarai penuh calon:

Ballon d'Or: Thibaut Courtois (Real Madrid), Rafael Leao (Milan), Christopher Nkunku (RB Leipzig), Mohamed Salah (Liverpool), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Vinicius Junior (Real Madrid), Bernardo Silva (Manchester City), Luis Diaz (Liverpool), Robert Lewandowski (Barcelona), Riyad Mahrez (Manchester City), Casemiro (Real Madrid), Son Heung-min (Tottenham), Fabinho (Liverpool), Karim Benzema (Real Madrid), Mike Maignan (Milan), Harry Kane (Tottenham), Darwin Nunez (Liverpool), Phil Foden (Manchester City), Sadio Mane (Bayern Munich), Sebastien Haller (Borussia Dortmund), Luka Modric (Real Madrid), Antonio Rudiger (Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Manchester United), Kevin De Bruyne (Manchester City), Dusan Vlahovic (Juventus), Virgil van Dijk (Liverpool), Joao Cancelo (Manchester City), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Erling Haaland (Manchester City)

Ballon d'Or Feminin: Selma Bacha (Lyon), Fridolina Rolfo (Barcelona), Vivianne Miedema (Arsenal), Lucy Bronze (Barcelona), Sam Kerr (Chelsea), Christiane Endler (Lyon), Lena Oberdorf (Wolfsburg), Kadidiatou Diani (Paris Saint-Germain), Catarina Macario (Lyon), Alexia Putellas (Barcelona), Alexandra Popp (Wolfsburg), Aitana Bonmati (Barcelona), Wendie Renard (Lyon), Alex Morgan (San Diego Wave), Beth Mead (Arsenal), Asisat Oshoala (Barcelona), Marie-Antoinette Katoto (Paris Saint-Germain), Millie Bright (Chelsea), Trinity Rodman (Washington Spirit), Ada Hegerberg (Lyon)


Trofi Yashin: Yassine Bounou (Sevilla), Alisson (Liverpool), Thibaut Courtois (Real Madrid), Ederson (Manchester City), Mike Maignan (Milan), Edouard Mendy (Chelsea), Manuel Neuer (Bayern Munich), Jan Oblak (Atletico Madrid), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt), Hugo Lloris (Tottenham)


Trofi Kopa: Karim Adeyemi (Borussia Dortmund), Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Eduardo Camavinga (Real Madrid), Gavi (Barcelona), Ryan Gravenberch (Bayern Munich), Nuno Mendes (Paris Saint-Germa