Gareth Bale terbuka untuk beraksi dalam kancah Liga Amerika Syarikat (MLS) sebaik kontraknya di Santiago Bernabeu berakhir dua tahun lagi.

Pemain sayap Real Madrid itu melahirkan keinginan tersebut di sebalik ketika ini muncul antara pemain yang bergaji paling lumayan di dunia dan gajinya apabila dilaporkan menikmati lebih £15 juta (RM80.5j) setiap tahun, jadi tidak hairanlah jika nilai gajinya akan berada di luar jangkauan pasukan MLS.

Tetapi, mungkin sudah tiba masanya untuk pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan Eropah atas tarikan lapangan golf di Amerika Syarikat (AS).

Bercakap di podcast Hat-Trick, Bale mengulas mengenai MLS: "Saya sangat menyukai liga itu. Ia telah berkembang dengan pesat.

"Ketika kami bertandang untuk pra-musim, perlawanan di sana adalah sukar. Mutu permainan dan kelabnya semakin baik selain kemudahannya serta stadium yang bertambah baik.

Thanks @jiffyrugby, my 2.6 challenge for @velindrecc NHS is complete! Now let’s see yours @samwarbs. Make sure you get involved with your own 2.6 challenge today or you can donate to the charity by clicking the link in my bio. #twopointsixchallenge

A post shared by Gareth Bale (@garethbale11) on



"Liga itu terus berkembang dan masih meningkat. Ketika ini lebih ramai pemain yang mahu beraksi di AS dan saya pasti berminat dengannya.

"Saya gemar ke Los Angeles pada hari cuti."

Ditanya oleh podcast yang berpusat di AS mengenai apakah yang digemarinya di Los Angeles, Bale berkata: "Saya kerap bermain golf.

"Saya pernah bermain di Pebble Beach beberapa kali.

"Saya juga beraksi Cypress Point, yang merupakan kelab persendirian dan terletak bersebelahan dengan Pebble Beach -- itu mungkin merupakan lapangan terbaik yang pernah saya beraksi setakat ini."