Jose Mourinho mengkritik Gareth Bale dan Tanguy Ndombele di sebalik kekalahan 2-1 Tottenham ke atas Arsenal, awal pagi tadi.

Spurs mendahului separuh masa pertama menerusi rembatan rabona daripada pemain gantian Erik Lamela, yang kemudian diarah keluar padang selepas dilayang dua kad kuning.

Tetapi jaringan pertama Martin Odegaard saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Arsenal dan Alexandre Lacazette yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 memastikan tiga mata buat Gunners.



Lamela masuk menggantikan Son Heung-min yang mengalami kecederaan, namun tandukan Harry Kane di penghujung permainan dinafikan ekoran berada dalam kedudukan ofsaid dan menggegar palang gol menerusi sepakan percuma, barisan penyerang Spurs yang lain melewati kekecewaan.

Bale memasuki perlawanan dengan enam gol dan tiga assist dalam tujuh penampilan bagi semua pertandingan, namun dia gagal menghasilkan sebarang percubaan atau hantaran penting sebelum digantikan oleh Moussa Sissoko.

Lima minit kemudian, tidak memberi impak dalam perlawanan, Ndombele digantikan oleh Dele Alli.

Walaupun begitu, sumbangan Bale dan Ndombele itulah yang menimbulkan kemarahan Mourinho.

"Gareth dan Tanguy, kami perlukan lebih banyak intensiti dalam perlawanan itu. Kami perlu tekan lebih lagi, lebih banyak intensiti dalam perlawanan itu," katanya.

"Kami perlukan apa yang dipamerkan Sissoko di bahagian tengah namun Tanguy gagal melakukannya. Kemudian Dele merupakan satu-satunya pemain yang ingin bermain dalam perlawanan sebelum ini tetapi tidak dapat memenuhi 90 minit.

"Dia segar dan memiliki persafahaman dengan Harry."

"Ia adalah separuh masa pertama yang sangat, sangat buruk," katanya. "Kami tidak mempunyai intensiti untuk berlari.

"Semua orang jatuh ke belakang dan tidak ada yang ingin menyerang. Selain daripada Lucas [Moura] dengan beberapa gerakan individu.

"Sekiranya anda pemain besar anda bermain untuk Tottenham. Saya tidak mengatakan ia pemain A atau B. Kami tidak menilai secara individu. Pemain bersembunyi dalam perlawanan ini. Kami gagal bermain dengan baik.

"Apa yang lebih mengecewakan daripada separuh masa pertama kami adalah sepakan penalti."