Bale mungkin turun bertemu West Ham -- Mourinho

Ammar Hakim
Oktober 17, 2020 00:17 MYT
Gareth Bale mungkin akan membuat penampilan pertama sejak kembali ke Tottenham apabila bertemu West Ham esok.
Bale kembali menyertai Spurs secara pinjaman sepanjang musim bulan lalu, meninggalkan Real sejak menyertai mereka pada 2013.
Kecederaan lutut setakat ini telah mengetepikan Bale daripada beraksi, namun dia memberikan perkembangan positif dan pengurus pasukan, Jose Mourinho, tidak memuktamadkan keputusan jika pemain kebangsaan Wales itu akan turun beraksi dalam derby London.
"Sememangnya dia mahu beraksi. Dia mahu bermain pada hari dia tiba bersama kami tetapi ia adalah mustahil," kata Mourinho.
"Saya tidak akan katakan dia akan beraksi atau sebaliknya, apa yang boleh saya katakan dia telah berusaha dengan baik untuk mendapatkan semula rentak terbaiknya.
"Perancangan sesi baru-baru ini memberi tumpuan besar kepadanya. Keadaannya baik. Adakah dia bermain pada hari Ahad atau Khamis, kami belum membuat keputusan.
"Setiap pemain adalah pemain yang sangat penting tetapi keadaan Gareth sangat istimewa kerana sejarahnya. Kami mengambil berat tentang dia sama seperti dia buat Tottenham."

⛹ ?????? ???? ??? ??? ???! #THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/MiDnZtTel5

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.