Bintang Real Madrid, Gareth Bale, akan kekal di kelab menjelang musim 2021/22 LaLiga.

Pemain kebangsaan Wales itu sekali lagi menjadi spekulasi perpindahan selepas memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Los Blancos.

Bale, yang menikmati musim 2020/21 sebagai pemain pinjaman di Tottenham, masih belum kembali berlatih dalam pramusim selepas terlibat dalam saingan Euro 2020.

Bagaimanapun, di sebalik laporan mengenai persaraannya musim panas ini, dia akan kembali menyertai skuad sebelum berakhir bulan Julai.

Di sebalik terdapat khabar angin akan dilepaskan secara percuma, laporan daripada Diario AS mendakwa Carlo Ancelotti menegaskan dia meletakkan harapan kepada pemain berusia 32 tahun itu.

Pengendali kelahiran Itali itu membawanya dari Spurs pada 2013, dan telah meledak 39 gol dalam 92 perlawanan dan sebelum ini menyatakan keazamannya untuk kembali bersama pasukan.