Bale kali pertama gagal beri sumbangan sepanjang 78 penampilan

Muzaffar Musa
Oktober 23, 2020 00:36 MYT
Gareth Bale buat kali pertama gagal melakukan sebarang percubaan atau mencipta sebarang peluang buat rakan sepasukannya sepanjang beraksi dalam kesebelasan utama sejak November 2016 ketika Tottenham menewaskan LASK 3-0 awal pagi tadi.
Penyerang kebangsaan Wales itu melakukan penampilan keduanya bersama Spurs selepas masuk sebagai pemain gantian ketika terikat 3-3 dengan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, kali ini dia bertindak sebagai pemain utama dalam perlawanan pembukaan Liga Europa itu.
Bale memaksa Andres Andrade terjaring gol ke gawang sendiri untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum setengah jam permainan.
Namun, pengaruh pemain yang dipinjamkan daripada Real Madrid itu kian merudum sebelum dikeluarkan oleh Jose Mourinho selepas sejam perlawanan.

0 - Tonight against LASK was the first time Gareth Bale has started a club match and not had either a shot or created a chance for his teammates since November 2016 for Real Madrid vs Sporting CP - tonight was his 78th start since then. Subdued. #UEL pic.twitter.com/0dIP2zxgwV

— OptaJoe (@OptaJoe) October 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan penampilan ke-78 Bale dalam kesebelasan utama sejak dia gagal melakukan sebarang percubaan dan mencipta peluang di peringkat kelab. Kali terakhir ia berlaku adalah ketika dia mewakili Real Madrid berdepan Sporting Lisbon pada 2016.
Pemain berusia 31 tahun itu bergandingan dengan Lucas Maura -- yang menjaringkan gol pertama pasukannya selepas menyudahkan hantaran pemain baru, Carlos Vinicius -- dalam kesebelasan utama.
#Tottenham Hotspur #Gareth Bale #Liga Europa