Eric Bailly semakin hampir membuat penampilan semula untuk Manchester United selepas mengambil bahagian dalam latihan skuad utama semalam.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu dihimpit kecederaan tahun ini selepas sekadar membuat tujuh penampilan dalam kesemua pertandingan buat United.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut ketika mengatasi Tottenham dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa, Julai lalu.

Bailly telah menjalani pembedahan dan kelihatan hampir untuk kembali beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer di mana The Red Devils berdepan tujuh perlawanan bulan depan.
Paul Pogba pula diketepikan ketika United menang 2-0 ke atas Burnley, Sabtu lalu dan tidak kelihatan ketika sesi latihan semalam.

Scott McTominay, yang kelihatan bertongkat ketika meninggalkan Turf Moor, mengalami kecederaan lutut manakala Ashley Young dan Axel Tuanzebe turut tidak kelihatan.

United seterusnya akan berdepan Arsenal di Stadium Emirates esok.


Editor: Ammar Hakim