Bailly cium saya selepas kami bertelagah -- Gestede

Jamie Smith
Mac 19, 2017 16:15 MYT

MIDDLESBROUGH 1 MANCHESTER UNITED 3

Rudy Gestede menafikan dirinya menggigit Eric Bailly ketika Middlesbrough tewas 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester United tetapi menyatakan bahawa pemain Ivory Coast itu menciumnya.
Pemain gantian, Gestede, meledak gol pertamanya buat Boro selepas beraksi selama 509 minit untuk membenarkan kebangkitan selepas Marouane Fellaini dan Jesse Lingard meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan dua gol.
Terdapat pertelingkahan di penghujung perlawanan melibatkan Gestede dan Bailly, dengan ulang tayang televisyen menyaksikan penyerang itu melakukan cubaan untuk menggigit pertahanan United itu.
Pemain kebangsaan Benin itu menafikan insiden tersebut serta menyatakan tiada apa yang berlaku.
"Kami sekadar bertikam lidah sahaja, tiada apa yang serius. Dia memeluk dan mengucup saya. Tetapi saya tidak berasakan apa-apa," kata Gestede.

Gestede biting bailly on the neck,if this was the other way round bailly would be banned for the season @FA RT pic.twitter.com/h7BKfFSUH0

— AM11 (@primemartial) March 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We knew how to work seriously and suffer until the last minute. Three points well earned. pic.twitter.com/5CaTCVSO6T

— Eric Bailly (@ericbailly24) March 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.