PENGUMUMAN senarai 30 pelatih bersama 10 yang terpilih dalam senarai menunggu pasukan bola sepak kebangsaan untuk kem latihan sulung kendalian Kim Pan-gon bermula pada Isnin ini, menimbulkan polemik dalam kalangan peminat dan pengamal media.
Kembalinya Safiq Rahim, walaupun mengumumkan persaraannya daripada Harimau Malaya pada 2018, tiadanya Guilherme De Paula, serta ketiadaan Ryan Lambert, Afiq Fazail, Natxo Insa dan S. Kumaahran, antara topik-topik sohor kini dalam media sosial.
Sebenarnya, penulis berasakan bahawa Pan-gon harus diberi ruang untuk memilih senarai pemainnya mengikut falsafah, cita rasa dan perancangan taktikalnya, sebagaimana yang beliau tekankan dalam sidang media di Wisma FAM Khamis lalu.
Biarpun E. Elavarasan dianggap sebagai penolong jurulatih tempatan yang boleh memberi input dari perspektif dan senario semasa, Pan-gon tentunya mahu memilih acuannya sendiri.
“Saya memilih pemain untuk menang, bukan untuk kalah,” katanya. Betul juga, tiada jurulatih yang mahu kalah, apatah lagi baru dilantik mengisi kerusi panas.
Mengikut pengalaman penulis yang sedikit dalam bola sepak, setiap jurulatih ada cara tersendiri mengurus pasukannya.
Setibanya ke Kuala Lumpur pada 1994, Claude Le Roy yang datang dengan reputasi hebat dengan deretan kejayaan di Afrika, ditugaskan membentuk skuad pra-Olimpik untuk pemain yang lahir pada dan selepas 1973.
Le Roy menekankan profesionalisme yang tinggi dengan etika kerja berteraskan disiplin luar dan atas padang. Beliau mengutamakan pengurusan masa.
“Ketika di Perancis, Le Roy tidak teragak-agak memarahi seorang sahabatnya yang cuba ambil jalan singkat dengan menyeberangi padang. Padang permainan tidak boleh dipijak orang lain,” katanya kepada sahabat beliau.
Atas nama etika juga, beliau memarahi wartawan Malaysia kerana merelakan pengamal media Singapura meninjau latihan pasukannya di Wisma FAM. Le Roy menegaskan wartawan Malaysia tidak menutup rahsia pasukannya.
Le Roy juga akan memberi taklimat kepada pemain secara bersemuka. Sentuhan peribadinya memudahkan pemain berkomunikasi dengan beliau untuk memahami tanggungjawab masing-masing.
Dengan kelompok pemain yang menampilkan Khairul Anuar Baharum, Faizal Saharom, Jawahir Saliman, Faizal dan adik kembarnya Khairil Zainal, Azmil Azali, Rusdi Suparman dan Maizal Hairi Marzuki, serta penulis bersama Idris Karim yang menyusul pada awal 1995, Le Roy mendedahkan kami kepada formasi 3-5-2 dengan menuntut komitmen tinggi daripada wing-back.
Keputusan Le Roy memujuk Zainal Abidin Hassan keluar daripada persaraan untuk mengetuai pertahanan di Sukan SEA Chiangmai juga mengingatkan penulis kepada tindakan Pan-gon menyenaraikan Safiq yang kali terakhir menyarung jersi negara melawan Mongolia pada 2018.
Penulis juga berkesempatan berguru dengan Ron Smith, bekas jurulatih Sabah yang berhijrah ke Johor FC pada 1997. Corak latihannya berasaskan sains sukan dan Smith menjadi jurulatih pertama di Malaysia yang mengukur kadar denyutan nadi ketika latihan. Sebagai pemain, kami dipakaikan dengan alat pengukur kadar denyutan nadi ketika latihan berintensiti tinggi diperkenalkan.
Setiap jurulatih akan cuba memperkenalkan acuannya sendiri.
Pan-gon tentu sekali harus diberi ruang berbuat demikian. Tidak sampai dua bulan beliau di sini, tanpa banyak maklumat kecuali dua pusingan perlawanan liga serta statistik pasukan kebangsaan 2019 dan 2021, Pan-gon tentunya berusaha mencari keserasian skuadnya dalam tempoh yang singkat.
Biarlah beliau panggil sesiapapun. Kerana daripada 30 yang dinamakan, barangkali ada sesetengahnya tidak mampu menangani corak latihan yang dijangka keras di bawah Pan-gon dan Pau Marti.
Pintu untuk De Paula juga tidak semestinya tertutup andainya dari sekarang hingga Jun dia tiba-tiba meletup dengan ledakan gol. Begitu juga Kumaahran dan Zhafri, peluang sentiasa terhidang kerana Pan-gon dan penolongnya kena diberi masa mengenali semua pemain.
Lagipun Pan-gon mendedahkan beliau memantau perkembangan ratusan pemain dalam liga serta mengenal pasti hampir 70 daripada mereka yang boleh dipertimbangkan menjadi anggota skuad kebangsaan.
Dari sekarang hingga Jun nanti apabila Malaysia dijadual bertemu Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh dalam usaha layak ke pusingan akhir Piala Asia AFC di China pada 2023, biarlah Pan-gon dan panel kejurulatihannya diberi sokongan padu.
Tentu sekali beliau mahu memburu peluang menaikkan ranking pasukan negara jika mencatat keputusan positif ketika menentang Filipina dan Singapura.
Menyedari harapan peminat yang tinggi, Pan-gon sudah semestinya tidak mahu menjejaskan reputasinya sebagai bekas ketua teknikal dari negara yang layak ke Piala Dunia FIFA 10 kali berturut-turut.
Hasnizam Uzir
Sat Mar 12 2022


Southampton 1-2 Liverpool: Reds take Premier League title bid to last day
Goals from Takumi Minamino and Joel Matip ensured Liverpool will take their Premier League title race with Manchester City all the way.

Medvedev return ends in defeat to Gasquet in Geneva
In his first match since March after time out with a hernia issue, Daniil Medvedev was defeated by Richard Gasquet in Geneva.

Pavlyuchenkova out of French Open and rest of season with knee injury
A troublesome knee injury has forced Anastasia Pavlyuchenkova to curtail her season prior to this year's French Open.

Sunrisers cling on against Mumbai Indians to stay alive in IPL play-off race
Tim David threatened to end Sunrisers Hyderabad's season, but they clung on to keep play-off hopes alive.

US PGA Championship: Tiger Woods, Jordan Spieth and Rory McIlroy in Southern Hills super-group
Tiger Woods will have elite company for the first two rounds of the US PGA Championship, as Jordan Spieth and Rory McIlroy join him.

Giro d'Italia: Eritrean Girmay sprints to historic stage 10 win
Eritrean Biniam Girmay etched his name in the record books by sprinting to victory on stage 10 of the Giro d'Italia.

Real Madrid and miracle man Benzema amaze UEFA chief with great escapes in Champions League run
Real Madrid have navigated a treacherous path to reach the Champions League final, beating Paris Saint-Germain and Manchester City en route.

Europa League final: Van Bronckhorst unconcerned by lack of 'Ibrox factor' as Roofe return boosts Rangers
Ibrox has been considered a major factor in Rangers' route to the Europa League final, but they are confident they will have a huge backing.

Europa League final: Rangers' presence highlights the many links between host city Seville and Scottish football
Rangers are in Seville for Wednesday's Europa League final, bringing Scottish football's links with the city to the fore.

South Africa batter Hamza given nine-month ban for doping
Zubayr Hamza has been suspended until December 22, having tested positive for Furosemide in January.