PKNP FC bertekad mengutip tiga mata berharga apabila turun menentang UiTM FC dalam saingan Liga Perdana, di Ipoh, Jumaat ini.

Sedar perlawanan pembukaan selepas cuti Ramadan dan hari raya pastinya menuntut sesuatu yang istimewa daripada setiap pasukan yang bertanding, ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, mahu pemainnya lebih fokus untuk terus memacu pasukan untuk berada di kedudukan lebih baik dalam liga.

Lantas, Abu Bakar mengingatkan anak buahnya agar tidak leka serta jangan terlalu yakin.

"Walaupun kami beraksi sebagai pasukan tuan rumah, UiTM ada kekuatan tersendiri.

"Barisan pertahanan perlu mengaawasi penyerang import mereka, Akaani Sunday dan Do Dong Hyun. Kedua-dua pemain ini cukup menyerlah," jelas Abu Bakar.

PKNP akan menurunkan kesebelasan utamanya tatkala kesemua pemain bebas daripada kecederaan.