Ausilio dedah Inter enggan lepaskan Perisic

Penulis Jemputan
Ogos 5, 2017 00:31 MYT
Pengarah sukan Inter, Piero Ausilio, yakin Ivan Perisic tidak akan dijual selepas mendedahkan perbincangan mengenai kontrak baru dengan pemain sasaran Manchester United itu.
Perisic telah dikaitkan bakal menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), United, namun masih gagal mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain kebangsaan Croatia itu.
Inter telah menegaskan Perisic akan kekal bersama pasukan dan Ausilio mengulangi pendirian kelab yang mahu melihat pemain sayap itu terus beraksi di Itali.
"Saya tidak faham dari mana datangnya berita-berita sebegini," kata Ausilio kepada Mediaset Premium.
"Perisic adalah pemain yang penting buat Inter dan kami sedang membincangkan kontrak barunya, sama dengan Antonio Candreva yang kini menjadi sasaran Chelsea."
Inter telah membawa masuk beberapa pemain baru seperti Matias Vecino, Milan Skriniar dan Borja Valero, manakala pertahanan Nice, Dalbert, bakal tiba di kelab beberapa hari lagi.
Kelab juga telah dikaitkan dengan bintang Bayern Munich, Arturo Vidal, tetapi Ausilio membalas, "Kami menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan Vidal kerana jika Bayern tidak berniat untuk melepaskannya, anda tidak akan mendapat sebarang peluang."

Perisic x Chelsea. pic.twitter.com/OTyLt1Itcs

— Curiosidades PL (@CuriosidadesPL) July 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Serie A #Ivan Perisic #EPL #Inter