Aurier tinggalkan Tottenham, tamatkan kontrak secara persetujuan bersama

Muzaffar Musa
September 1, 2021 04:09 MYT
Serge Aurier sah meninggalkan Tottenham selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama.
Pemain Ivory Coast itu memulakan kesemua tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan memenangi ketiga-tiganya.
Aurier telah melakukan 110 penampilan dan menjaringkan lapan gol buat Spurs sejak menyertai pasukan itu daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017.
Pertahanan sayap itu telah membantu kelab berkenaan ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019 selain final Piala EFL dua tahun kemudian.

Thank you and good luck, @Serge_Aurier! pic.twitter.com/Sg9H7BgLWS

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya telah menikmati setiap waktu saya di Spurs dan mahu berterima kasih kepada kelab ini dan penyokongnya," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.
"Tetapi saya rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk berpindah dan mencari cabaran baru."
#bola sepak #Tottenham #Serge Aurier #Liga Perdana Inggeris