Bercakap melalui podcast Einfach mal Luppen, di samping adiknya Felix, Kroos, menempelak pemain profesional berhubung kejutan mereka ketika meraikan jaringan.
Merujuk kepada cara Aubameyang meraikan golnya -- pernah memakai topeng Spiderman dan Black Panther -- bapa kepada tiga anak itu berkata: "Saya menganggapnya sebagai (tindakan) bodoh. Lebih-lebih lagi jika ada benda yang disorokkan di dalam stoking mereka.
"Aubameyang pernah meraikan gol dengan menyarung topeng. Saya tidak boleh menerimanya. Saya juga tidak menganggap ia satu teladan yang baik. Ia mengarut."
Bagaimanapun, penggempur Arsenal itu tidak sependapat dengan bintang Jerman berkenaan dan secara peribadi memberi reaksi di Twitter.
By the way
— Aubameyang P-E (@Aubameyang7) November 12, 2020
Does this @ToniKroos have Kids?
Just to remember i did it for my son few Times and i will do it again
I wish you have Kids one day and make them happy like this Junior School pupils Talk ???? and don’t Forget #maskon #staysafe ?bis https://t.co/J4ZF1XGlsU
"Mengarut? Adakah @ToniKroos mempunyai anak?" tulisnya.
"Saya mahu mengingat bahawa saya melakukannya beberapa kali demi anak dan saya akan melakukannya lagi.
"Saya harap anda mempunyai anak-anak pada satu hari kelak dan membuatkan mereka bahagia apabila menjadi buah mulut murid-murid sekolah rendah dan jangan Lupa #maskon #staysafe."
Catatan itu disertakan dengan gambar dirinya yang dilukis oleh seorang murid selepas dia diminta memikirkan apakah erti kebahagiaan bagi mereka.