Pierre-Emerick Aubameyang meminta barisan pemain Arsenal kekal bersatu ketika meletakkan sasaran untuk bangkit selepas kekalahan 5-0 kepada Manchester City menyaksikan mereka gagal merekodkan sebarang mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas mengalami kekalahan kepada Brentford dan Chelsea pada pembukaan musim 2021-22, Gunners terus dihimpit malang ketika berdepan juara bertahan semalam.

City menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit dan ketinggalan kepada tiga jaringan tamat separuh masa pertama, di mana Arsenal beraksi dengan 10 pemain selepas Granit Xhaka dilayangkan kad merah.

Kekalahan itu hadir menjelang rehat antarabangsa, di mana kapten pasukan, Aubameyang, percaya skuad ini memerlukan perbincangan antara satu sama lain, selepas kekurangan semangat ketika bertemu skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad.

"Anda perlu mengambil risiko dan berani ketika mengawal bola, kami gagal melakukannya hari ini," kata Aubameyang. "Selepas ketinggalan dan kad merah, ia adalah perlawanan yang cukup berbeza

"Tetapi saya ingin memberitahu semua orang diperlukan untuk meningkat ke tahap yang baru, menilai semula perkara yang telah berlaku dan berusaha sebagai satu pasukan. Ia adalah satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

"Kami perlu berani dalam perlawanan sebegini. Anda perlu memberikan segala-galanya.

"Saya fikir kami perlu berbincang antara pemain. Ini amat penting kerana kami adalah Arsenal. Kami perlu berbincang dan berusaha meningkatkan ke tahap yang lebih baik."