BORUSSIA DORTMUND 1 INGOLSTADT 0

Bintang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, gembira meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ingolstadt 1-0 dalam saingan Bundesliga.


Aubameyang meledak gol pada minit ke-14 untuk membantu skuad bimbingan Thomas Tuchel itu meraih tiga mata penuh.

Pemain kebangsaan Gabon itu gembira dengan kemenangan ini serta berharap untuk menyumbang keringatnya sehingga penghujung musim ini.

"Ini merupakan kemenangan yang penting, saya sangat gembira kerana berjaya membantu pasukan untuk meraih kemenangan," kata Aubameyang.

Kemenangan ini meletakkan mereka di tangga ketiga liga, ketinggalan tiga mata dan empat mata di atas Hoffenheim.

Tuchel berpuas hati dengan keputusan itu, malah mengakui pasukannya bergelut menghadapi jadual yang padat sebelum ini.

"Ia merupakan satu keputusan yang baik, namun kami perlu mempertingkatkan lagi mutu permainan," kata Tuchel.