Andrey Rublev kembali menemui rentak apabila menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan pertama saingan ATP Akhir di Turin semalam.

Rublev hanya menang dua daripada tujuh pertemuaan sebelum memasuki kejohanan akhir musim itu di Pala Alpitour namun berjaya mengatasi pilihan keempat, Tsitsipas 6-4, 6-4.

PIlihan kelima dari Russia itu berjaya membalas dendam, selepas tewas kepada lawan dari Greece itu dalam kejohanan yang sama ketika dianjurkan di London tahun lepas.

Kemenangan tersebut menyaksikan Rublev bersama pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di puncak Kumpulan Hijau pada malam yang mahu dilupakan bagi Tsitsipas.