Diego Simeone menegaskan dia tidak memiliki sebarang masalah dengan perlawanan Liga Juara-Jaura Atletico Madrid dengan Chelsea telah berpindah ke Bucharest.

Aksi pertama pusingan 16 akan dipertandingkan di Arena Nationala 23 Februari ini ekoran sekatan coronavirus.

Jurulatih Atletico, Simeone, tidak mengeluh dan berkata pasukannya sedia untuk beraksi di mana-mana.

"Saya rasa tidak mustahak untuk memberikan pendapat kerana pendapat yang mungkin kita katakan tidak akan mempengaruhi apa sebenarnya kenyataannya. Dan kerana kita menjalani saat yang kompleks di seluruh dunia, dari sudut sosial, sudah tentu sukar untuk bersaing dan melakukan tuga kami," katanya.

"Kami akan membuat persiapan dan menikmati apa yang kami ada. Untuk bermain di mana sahaja, bila-bila masa, hari yang mereka mahukan.

"Tiada masalah."

Atletico berkelebihan lima mata di puncak LaLiga dan beraksi kurang dua perlawanan berbanding penghuni tangga kedua, Real Madrid.

Mereka tidak tewas dalam 20 perlawanan LaLiga (15 menang dan lima seri) bertemu Granada, yang mereka bakal kunjung awal pagi esok.