Pengarah Atletico Madrid, Clemente Villaverde, berkata kelabnya harus mempelajari kesilapan yang dilakukan oleh Sevilla menjelang pertemuan berdepan Leicester City dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Sevilla tersingkir daripada pusingan kalah mati pada Selasa lalu selepas The Foxes melakar kemenangan 2-0 di Stadium King Power untuk mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli membazirkan peluang apabila Steven N'Zonzi gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak penghujung perlawanan.

Leicester terus mencipta kejutan dalam saingan Eropah musim ini dan bakal berdepan naib juara musim lalu, Atletico.

"Atletico perlu memastikan setiap peluang disempurnakan," kata Villaverde kepada beIN Sports.

"Sevilla kurang bernasib baik dalam kedua-dua perlawanan.

"Jika anda gagal menjaringkan gol, pasukan lawan memiliki peluang mampu membuat kebangkitan.

"Kami telah mempamerkan kami mampu bersaing dalam kejohanan ini dalam beberapa tahun ini, kami yakin mampu mengelak daripada membuat kesilapan untuk mara ke final.


"I don't know about that [Leicester being the weakest team left], as in their last tie and in the groups they showed they are a team who must be taken into account.
"Beraksi dalam suku akhir, lapan pasukan yang terhebat di Eropah, anda perlu menghormati setiap pasukan lawan."