Atletico pamer salah satu persembahan terbaik ketika bertemu Brugge -- Simeone

Ammar Hakim
Oktober 12, 2022 23:18 MYT
Diego Simeone menegaskan Atletico Madrid telah mempamerkan salah satu persembahan terbaik musim ini dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang berkesudahan seri tanpa jaringan bertemu Club Brugge.
Atleti merekodkan 21 percubaan berbanding lima daripada Brugge ketika mereka mendominasi di Civitas Metropolitano, namun prestasi hambar di pentas Eropah berterusan apabila gagal mendapatkan kemenangan.
Keputusan itu memastikan Brugge layak ke peringkat kalah mati UCL buat pertama kali dalam sejarah mereka, namun peluang Atletico menyertai mereka masih lagi jadi tanda tanya selepas sekadar memperoleh empat mata daripada empat perlawanan Kumpulan B.
Atleti kini gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir UCL, termasuk setiap tiga perlawanan sebelum ini, tetapi Simeone enggan mengkritik persembahan mereka.
“Kami mempunyai situasi penting, dijana dengan baik, kami bermain antara permainan terbaik musim ini, kerana rentak kami, intensiti serta bersaing seperti yang kami mahukan,” kata Simeone. “Banyak perkara baik dilihat, tetapi gol masih lagi gagal dihasilkan.
“Peluang Morata adalah satu yang kekal dalam fikiran kami semua, tetapi penjaga gol ditugaskan menafikan percubaan penyerang jadi kami akur.
"Pusingan ini kami melakukan sesuatu dengan sangat baik, lebih baik daripada perlawanan pertama menentang mereka. Saya menyimpan banyak perkara yang baik daripada perlawanan ini."

8 - Antoine Griezmann ?? attempted eight shots in this match against Brugge, equalling his best tally in a game for Atletico de Madrid in all competitions (eight shots against Real Betis in LaLiga in April 2016, scoring twice in that game). Active. pic.twitter.com/GKcbMmkTCv

— OptaJose (@OptaJose) October 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Atlético Madrid #Club Brugge #Diego Simeone #Simon Mignolet #UEFA Champions League #UCL #Liga Juara-Juara #Bolasepak