Atletico Madrid mengesahkan Jose Gimenez ditimpa kecederaan paha dalam perlawanan LaLiga dengan Villarreal, Sabtu lalu.

Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan berkenaan ketika seri 1-1, namun bermain sepanjang 90 minit yang menyaksikan jaringan Mario Gaspar pada minit ke-65 membatalkan gol pembukaan Filipe Luis untuk Atletico.

Gimenez, bagaimanapun, tidak dapat mengikuti latihan bersama-sama rakan sepasukannya semalam dengan kelab itu mendedahkan ia membabitkan "saraf siatik" di pahanya.

Atletico -- yang akan melakukan kunjungan ke Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) Khamis ini-- sedang menantikan penilaian lanjut mengenai tahap kecederaan pemain itu dan tidak dapat memberikan tempoh rehat yang diperlukan pertahanan tengah tersebut.

Pemain antarabangsa Uruguay berkenaan baru kembali daripada kecederaan hamstring pada hujung minggu lalu selepas dipinggirkan ketika bertemu Real Betis, 7 Oktober lalu.