Diego Simeone enggan menyifatkan Atletico Madrid sebagai pasukan pilihan dalam saingan Liga Europa (UEL) musim ini.

Atletico dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan suku akhir apabila berdepan Lokomotiv Moscow, awal pagi esok.

Kelab Sepanyol itu menikmati satu lagi musim yang berjaya di bawah kendalian Simeone -- menghuni tangga kedua LaLiga di belakang Barcelona manakala tujuh mata mengatasi Real Madrid.

"Kami tidak menganggap pasukan kami sebagai pilihan. Perkara utama buat kami adalah beraksi dengan cemerlang.

Ditanya mengenai persembahan cemerlang Atletico di pentas domestik, Simeone menjawab: "Keutamaan kami adalah bermain dengan cemerlang dalam kedua-dua saingan ini (LaLiga dan UEL).

"Kami memberikan tumpuan kepada UEL terlebih dahulu sebelum menghadapi Celta Vigo."