Xavi percaya kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Villarreal memberikan suntikan moral di sebalik persembahan yang dipamerkan kurang memberangsangkan.

Bekas pemain tengah Barca, memimpin kemenangan 1-0 ke atas Espanyol hujung minggu lalu selepas mengambil alih tugas daripada Ronald Koeman, tetapi kemenangan seakan tidak memihak mereka semalam apabila Samuel Chukwueze menafikan jaringan pembukaan Frenkie de Jong.

Memphis Depay hadir sebagai penyelemat Barca, namun dengan jaringan yang disumbat pada minit ke-88, Philippe Coutinho menambah gol yang ketiga menerusi penalti dalam masa kecederaan.

Bukan hanya ia merupakan kemenangan pertama di tempat lawan dalam saingan LaLiga bagi musim ini, ia juga kemenangan berturut-turut yang pertama mereka.

Kemenangan ke atas Espanyol diikuti seri tanpa jaringan dengan Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), dan Xavi berkata kemenangan di La Ceramica merupakan persembahan yang paling teruk berbanding tiga perlawanan yang telah dikendalikannya.

"Perlawanan seimbang, Villarreal adalah pasukan yang berkualiti," katanya. "Sepanjang tiga perlawanan saya bersama Barca, ini perlawanan yang paling kurang kami dominasi dan yang paling tidak layak kami menangi.

"Perlawanan ini mungkin berakhir dengan keputusan seri dan sebaliknya kami pulang dengan kemenangan. Ia sangat hebat dan memberi kami suntikan semangat.

"Ia adalah kemenangan yang menakjubkan yang memberikan kami peluang untuk terus berkembang. Kemenangan ini memberi kami semangat."