Di sebalik kemenangan Pulau Pinang ke atas KL City semalam, pengendalinya, Thomas Trucha, masih belum berpuas hati sepenuhnya kerana falsafah bola sepak yang ingin diterapkan kepada skuad Harimau Kumbang itu tidak diteruskan dalam separuh masa kedua.

Dicanang memiliki iras-iras pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, Trucha menjelaskan kemenangan menerusi jaringan tunggal David Rowley, masih belum boleh berpuas hati.

"Saya boleh berkongsikan falsafah permainan tetapi anda juga perlu melihat kualiti pemain yang dimiliki. Pulau Pinang baru sahaja melangkah masuk ke Liga Super jadi mereka memerlukan masa," katanya.

Pulau Pinang berjaya tidak dibolosi dalam separuh masa kedua dan mereka juga sepatutnya mendapat penalti setelah sepakan kapten KL, Paulo Josue terkena tangan Ameer Azahar, namun rayuan K tidak diendahkan pengadil perlawanan, Hasrol Amir.

Bagi pengendali KL, Bojan Hodak, juga turut mendedahkan ada beberapa pemain yang beraksi di bawah aksi terbaik, serta paling utama melihat kembali kecergasan skuadnya setelah beberapa pemain kerap menghalami kecederaan ketika aksi 90 minit semalam.

"Kami bermain lebih cemerlang dalam separuh masa kedua apabila anda melihat Pulau Pinang bergelut," kata Bojan.