Latihan peserta Astro Kem Bola di Barcelona semakin hampir ke penghujungnya.

Namun, sebelum menamatkan latihan intensif sejak 17 Mac lalu, peserta perlu berdepan beberapa siri perlawanan ujian.

Selepas enam sesi latihan di Miniestadi, Barcelona, bersama barisan jurulatih FCB Escola, yang menerapkan pemahaman falsafah gergasi LaLiga itu, pemain Astro Kem Bola berpeluang menguji FCB Escola.

"Peserta Astro Kem Bola tampil dengan baik. Mereka emberi usaha terbaik dalam sesi latihan pada sebelah pagi dan perlawanan persahabatan pada sebelah malam.

"Saya harap mereka menikmati perlawanan ini dan seronok di sini untuk berkongsi pengalaman bersama rakan sepasukan dan pemain muda Barcelona," ujar ketua jurulatih FCB Escola, Marti Villa.

Mereka dipecahkan kepada dua pasukan, iaitu pasukan A dan B.

Kekalahan 5-0 serta seri 3-3 selain semangat juang pemain Astro Kem Bola wajar diberi pujian.