Aston Villa pecat Steven Gerrard

Shaiful Shamsudin
Oktober 21, 2022 00:56 MYT
Aston Villa memecat Steven Gerrard selepas kurang setahun menggalas tanggungjawab sebagai pengurus berikutan kekalahan 0-3 kepada Fulham, awal pagi tadi.
Bekas pemain tengah Liverpool itu dilantik pada November lalu bagi menggantikan Dean Smith selepas membimbing Rangers menjuarai Liga Perdana Scotland pada musim sebelumnya.
Tetapi permulaan suram dalam kempen 2022-23 yang menyaksikan mereka hanya mencatat dua kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 11 perlawanan mengundang pemecatannya memandangkan Villa hanya satu posisi di atas zon penyingkiran berdasarkan kelebihan gol.
Kedudukan Gerrard sudah pun goyah menjelang pertemuan dengan The Cottagers kendalian Marco Silva itu.

Aston Villa Football Club can confirm that Head Coach Steven Gerrard has left the club with immediate effect.

— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan satu lagi persembahan hambar yang menyaksikan mereka melepaskan sepakan penalti, menjaringkan gol sendiri dan seorang pemain dibuang padang, maka Gerrard makin tersepit untuk menyelamatkan jawatannya.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Steven atas kerja keras dan komitmennya.
"Dan kami mengucapkan selamat maju jaya buatnya pada masa depan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas.
#Steven Gerrard #Aston Villa #EPL