Bintang Real Madrid, Marco Asensio, tidak berminat untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG)
sambil penyerang itu menyorot minat Barcelona terhadapnya ketika masih belasan tahun.


Asensio memulakan musim baru dengan penuh bergaya, dengan meledak empat gol dalam enam perlawanan untuk semua kejohanan yang disertai Real.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu, yang menyertai Real dari Mallorca pada 2014, dilihat sebagai bintang muda paling menyerlah di dunia.

Asensio telah dikaitkan dengan PSG sejak kebelakangan ini tetapi penyerang itu mendedahkan dia gembira bersama Real.

"Adakah saya berminat untuk menyertai PSG? Tidak, kerana saya sangat gembira bersama Real," kata Asensio.

"Masih banyak lagi kejayaan yang mahu saya cipta bersama pasukan ini. Penghijrahan tiada dalam perancangan saya."

Asensio menandatangani kontrak bernilai EURO3.9 juta (RM19 juta) untuk berhiijrah ke Santiago Bernabeu pada penghujung 2014.