Arteta seru Alex Runarsson bijak tangani gugup

Shaiful Shamsudin
Februari 5, 2021 02:19 MYT
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengingatkan Alex Runarsson tentang keperluan untuk belajar mengatasi tekanan mewakili The Gunners berikutan prestasi awalnya yang goyah.
Dia dijangka akan dipersiapkan bagai pengganti kepada Bernd Leno yang perlu menjalani penggantungan.
Pemain antarabangsa Jerman itu dilayangkan kad merah dalam kekalahan 1-2 kepada Wolves, semalam, secara tidak langsung tersisih untuk bertandang ke Aston Villa, malam esok.
Runarsson menjadi sandaran di bangku simpanan lalu dimasukkan di penghujung perlawanan dan biarpun tidak mengundang sebarang kesilapan, dia kelihatan masih gugup ketika cuba mengeluarkan bola sepakan penjuru sejurus dimasukkan.
Penjaga gol Iceland itu ditandatangani daripada Dijon dalam pra-musim lalu sebagai pengganti Emiliano Martinez yang berhijrah, tetapi kesilapan ketika menentang Rapid Vienna dan Molde dalam Liga Europa membuatkan peminat mula mempersoalkan kemampuannya.
Arsenal dilaporkan cuba melepaskannya bulan lalu dengan meminjam Mat Ryan daripada Brighton & Hove Albion sebagai pelapis kepada Leno.
Bagaimanapun, berikutan Ryan masih belum dapat berlatih, Runarsson menjadi pilihan untuk mengawal pintu gol pelawat, justeru Arteta menggesa anak buahnya itu membuktikan bahawa dia tidak silap menilai.
"Ryan belum berlatih sementara khidmat Alex boleh dipertaruhkan, jadi kami mempunyai pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya," kata pengurus dari Sepanyol itu.
"Sekiranya Mat kembali berlatih dan mereka berdua cergas, maka kami mempunyai keputusan yang harus dibuat; jika Mat tidak cergas maka Alex akan meneruskannya.

-0.5 - Based on expected goals, Mat Ryan has conceded over 5 more goals than the average goalkeeper would've been expected to given the quality of shots he has faced this season. His goals prevented per 90 figure is -0.5, the worst of any goalkeeper in the PL this season. Revive. pic.twitter.com/bPXUjjjoP7

— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Alex sedar dengan peranannya sebelum kami menandatanganinya. Kami mempunyai perancangan mengenai kedudukan penjaga gawang dan kami tidak dapat melaksanakannya seperti yang diharapkan, namun kelibat Alex untuk pasukan utama sangat ketara.
"Dia perlu merebut peluangnya, perlu mendapatkan tempatnya dan ia bergantung kepada prestasinya. Dia perlu mendorong dirinya sendiri."
#Arsenal #EPL #Mikel Arteta #Alex Runarsson