Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya Pierre-Emerick Aubameyang telah meningkatkan tahap permainannya kepada lebih tinggi dan 'lebih gemar' penyerang itu dalam versi ini.

Selepas musim 2020-21 yang mengecewakan, kapten Gunners, Aubameyang kini penjaring terbanyak kelab dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan empat gol dalam lapan penampilan, tetapi pengurusnya kagum secara keseluruhan dengan corak permainan yang ditampilkan pemain berusia 32 tahun itu.

Arteta berasakan Aubameyang telah menemui gaya permainan yang tidak pernah ditampilkan sebelum ini dan menjadi pemain yang lebih sempurna.

"Saya tidak pernah menyaksikan apa yang ditampilkan Auba ketika ini," kata Arteta.

"Selain jaringan, anda dapat melihat gerakan yang dilakukannya, cara dia menggabungkan permainan dengan pemain lain, bagaimana dia memimpin pasukan -- itu adalah perubahan yang ditampilkannya. Saya amat menggemari apa yang ditampilkannya.

"Segalanya mula menjadi, ia adalah kombinasi buat dirinya yang menyedari peranannya bukan sekadar menjaringkan gol malah lebih daripada itu. Auba kini berada di satu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelumnya."