Arteta kesal Arsenal cari jalan susah lawan West Ham

Shaiful Shamsudin
Mac 22, 2021 01:03 MYT
WEST HAM 3 ARSENAL 3
Mikel Arteta teramat kecewa biarpun Arsenal bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk seri 3-3 dengan West Ham United, tengah malam tadi.
The Gunners bermula buruk di Stadium London apabila ketinggalan menerusi jaringan awal Jesse Lingard, Jarrod Bowen dan Tomas Soucek.
Namun, mereka mula mengurangkan defisit sebaik Soucek tertampa bola ke gawang sebelum rehat dan Craig Dawson mengulangi kesilapan sama sebaik permainan bersambung.
Alexandre Lacazette kemudian mengimbangi kedudukan menerusi tandukannya di penghujung 10 minit terakhir perlawanan untuk pelawat meraih satu mata.
Bagaimanapun, selepas tamat perlawanan, pengurus Arsenal itu tidak berselindung dengan kekecewaannya berhubung permulaan goyah anak buahnya yang memaksa pasukannya menonjolkan kebangkitan dramatik.
Dia berkata kepada Sky Sports: "Saya benar-benar kecewa kerana saya tidak dapat menerima hakikat bahawa pasukan saya beraksi seperti buruk dalam tempoh tertentu babak pertama kerana apa yang saya harapkan sebenarnya ia prestasi seperti yang ditonjolkan selepas itu.
"Kami beraksi dengan sangat baik, kami sepatutnya menjaringkan enam atau tujuh gol tetapi kami mempunyai dua watak berbeza dalam setiap babak apabila menghadiahkan gol kepada pihak lawan dan tidak melakukan apa yang harus kami sepatutnya kami kerjakan, ia tidak cukup bagus.
"Jaringan pertama lawan itu memang boleh berlaku. Ini adalah satu kombinasi yang sangat baik, mereka menjayakannya dengan beraksi baik apabila memiliki pemain di dalam kotak penalti lalu menjaringkan gol menarik, tidak mengapa.
"Cara kami melepaskan gol kedua itulah yang tidak dapat diterima, gol ketiga juga begitu dan kami masih memberi mereka satu lagi kesempatan -- lontaran ke dalam yang membuka peluang mereka untuk menggegar tiang gawang kami.
"Selebihnya, saya suka dengan sikap, keinginan dan kebersamaan yang kami tunjukkan memandangkan adalah sangat sukar untuk melakukan apa yang telah kami lakukan selepas ketinggalan 0-3.
"Saya tidak mempunyai keraguan kerana kami ada membincangkannya dan saya dapat melihatnya tenaga dan semangat berpasukan yang dimiliki pemain pada setiap hari. Kami hampir menang, saya fikir kami sememangnya berhak untuk menang tetapi (prestasi) separuh masa pertama amat membimbangkan saya."

11 - Alexandre Lacazette has scored his 11th league goal of the last season, one more than he netted in the entirety of 2019-20. Comeback. pic.twitter.com/RG8ILcLT6w

— OptaJoe (@OptaJoe) March 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus West Ham, David Moyes, sebaliknya bersikap lebih positif walaupun pasukannya gagal mempertahankan kedudukan selesa.
"Ini adalah satu perlawanan yang sangat bagus, aksi yang sukar yang melibatkan banyak gol. Kami bermain dengan sangat baik terutama dala pembukaan 30 minit, kami sangat bagus," kata Moyes.
"Sayangnya, kami melepaskan gol sebelum rehat akibat bola terbias walaupun saya rasa percubaan itu tersasar dan ia memberi Arsenal sedikit harapan. Situasi itu menjadikannya lebih sukar.
"Kami beraksi dengan sangat baik untuk tempoh yang panjang; Arsenal juga tampil dengan sangat baik dan mereka sememangnya dalam prestasi baik pada ketika ini jadi mereka mampu menonjolkan perkara yang baik.
"Ini bukan satu keputusan yang baik untuk kami selepas mendahulu 3-0 tetapi ia masih hasil yang baik. Kami masih membuktikan mampu bersaingan dengan pasukan handalan."
#Arsenal #West Ham United #EPL