Mikel Arteta gembira dengan semangat juang Arsenal dalam kemenangan 1-0 Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Burnley.

The Gunners meraih kemenangan berturut-turut bagi meraih enam mata hasil jaringan Martin Odegaard dalam separuh masa pertama di Turf Moor semalam.

Burnley berusaha untuk bangkit dalam separuh masa kedua, dan mereka diberikan sepakan penalti apabila Aaron Ramsdale menghalang Matej Vydra sebelum pengadil perlawanan Anthony Taylor, membatalkan keputusan tersebut selepas menilai semula insiden tersebut menerusi VAR.

Arsenal mengekalkan kedudukan tersebut sekaligus meraih kemenangan berturut-turut sejak 14 Disember dan Arteta kagum dengan cara pasukan beraksi walaupun mengetahui terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki.


"Ia merupakan perlawanan yang sukar dan kami berjaya meraih kemenangan.

"Anda perlu sentiasa bersedia untuk berjuang. Kami cuba berusaha dengan baik mendominasi separuh masa pertama namun kerap hilang bola terlalu banyak bagi separuh masa kedua.

"Kami memiliki pemain yang tidak bersedia daripada segi fizikal untuk perlawanan ini, tetapi mereka telah melakukan yang terbaik dan kami berjaya meraih kemenanga.

"Ia merupakan dua kemenangan, dua kali tidak dibolosi. Mari melakukannya lagi, banyak yang perlu kami kejar selepas ini."