Arsenal telah berusaha untuk meningkatkan kemampuan jentera pertahanan dengan mendapatkan khidmat Ben White dari Brighton dan Hove Albion dengan yuran bayaran bernilai GBP50 juta.

White menandatangani kontrak jangka masa panjang di Stadium Emirates dalam perpindahan yang dilengkapkan hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu bersetuju dengan kotrak empat tahun dengan 2020 selepas dipinjamkan ke Leeds United pada musim 2019-20.

White kemudian menjadi sebahagian pemain penting dalam skuad Graham Potter, turun 36 kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Aksi cemerlang dipamerkan membenarkan dia dipanggil menyertai skuad Euro 2020, White kemudian dipilih sebagai pengganti Trent Alexander-Arnold dalam skuad 26 pemain Gareth Southgate.

Dia namun tidak melakukan penampilan dalam saingan Euro, Arsenal bagaimanapun meletakkan harapan tinggi terhadap pemain muda itu.

Skuad kendalian Mikel Arteta kekurangan seorang pertahanan selepas membenarkan David Luiz untuk berhijrah selepas kontraknya berakhir.