Arsenal, England miliki permata berharga

Ammar Hakim
Julai 18, 2021 03:50 MYT
Bekas bintang Arsenal, Michael Thomas, memuji Bukayo Saka, berkata Gunners dan skuad kebangsaan England sudah memiliki permata dalam tangan.
Persembahan cemerlang Saka bersama Arsenal sejak beberapa musim membenarkan dia menyertai skuad England bimbingan Gareth Southgate ke Euro 2020.
Di sebalik menampilkana aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan awal, kejohanan Saka berakhir dengan duka apabila dia gagal menyumbat masuk sepakan penalti dalam aksi final bertemu Itali.

Saka's penalty is saved, which means the #EURO2020 final ends in defeat for the #ThreeLions. pic.twitter.com/r9cFIVJqVG

— England (@England) July 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas perlawanan tersebut, Saka, bersama-sama dengan Marcus Rashford dan Jadon Sancho, yang turut gagal dalam penentuan penalti, menerima cemuhan berbentuk perkauman daripada sebilangan penyokong.
Bercakap kepada CaughtOffside, Michael Thomas, memberikan sokongan kepada Saka, yang dipercayai memiliki masa depan yang cerah.
"Saya tidak pasti bagaimana pengambil sepakan penalti dipilih tetapi saya berasakan tidak kira berapa banyak latihan yang anda lakukan, dalam situasi itu ia merupakan sesuatu yang berbeza," katanya.
"Bukayo adalah seorang pemuda yang luar biasa baik di dalam di luar lapangan. Dia tidak takut dan mempunyai watak yang besar. Dia mempunyai semua orang yang tepat di sekelilingnya dan saya yakin 100 peratus bahawa dia akan berada di tahap terbaik selepas ini. England dan Arsenal mempunyai permata sebenar."
#Arsenal #England #Michael Thomas #EURO 2020 #Bukayo Saka