Mikel Arteta mengesahkan Arsenal di ambang mendapatkan pemain baru dalam jendela perpindahan selepas pasukannya terikat 2-2 dengan Rangers dalam aksi persahabatan kedua.

Nuno Tavares, bek-kiri yang ditandatangani daripada Benfica, menjaringkan gol dalam penampilan pertama, dan penyerang, Eddie Nketiah turut menemui jaringan dalam perlawanan berkesudahan seri di Ibrox.

Arsenal hampir mendapatkan khidmat pertahanan tengah, Ben White dari Brighton and Hove Albion dengan yuran perpindahan bernilai GBP50 juta, ketika Arteta dilihat mahu memperkuatkan barisan pertahanan.

"Kami akan membawa masuk beberapa muka baru, kami sangat positif," katanya.

White meraih dua kaps bersama England dalam aksi pemanas badan menjelang Euro 2020, dan mampu meningkatkan kemampuan benteng pertahanan Arsenal.

Arteta berpuas hati dengan persembahan Arsenal namun agak kecewa apabila membenarkan Rangers turut menemui jaringan.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati. Saya berasakan kami mendominasi permainan, menghasilkan banyak peluang," katanya lagi.

"Kami tidak cukup klinikal dalam kotak penalti dan dibolosi dua jaringan menerusi sepakan sudut."


Terdahulu, Arsenal tewas 2-1 kepada Hibernian dalam aksi persahabatan pertama mereka.