Arsenal berkeras tidak silap langkah pinjamkan Joe Willock

Shaiful Shamsudin
Mei 1, 2021 02:55 MYT
Mikel Arteta menegaskan Arsenal berfikir panjang dan keras untuk menghantar Joe Willock secara pinjaman di Newcastle United.
Willock tidak dibenarkan untuk menghadapi kelab induknya itu ketika Newcastle menjadi tuan rumah kepada The Gunners dalam pertembungan di St James' Park, malam esok.
Ia menjadi dorongan buat Arteta -- memandangkan Willock mencetak gol dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika keluar dari bangku simpanan Newcastle -- yang menghadiahkan empat mata kepada pasukan asuhan Steve Bruce itu, yang kini sembilan mata menjauhi zon penyingkiran dengan baki lima perlawanan.
Willock muncul pemain pertama yang menjaringkan tiga gol berturut-turut sebagai pemain gantian sejak Adam Le Fondre melakukannya bersama Reading pada 2013.
Perkembangan memberangsangkannya itu membangkitkan persoalan mengenai kredibiliti kelab utara berkenaan dalam menentukan bakat pemain memandangkan Arsenal sekadar menang dua kali dalam sembilan perlawanan terakhir, malah masih segar tunduk 1-2 dalam separuh akhir pertama Liga Europa di Villarreal, semalam.

17 - Joe Willock's equaliser was Newcastle's 17th shot from inside the box against Spurs today; their most in a single Premier League game under Steve Bruce. Invited. #NEWTOT pic.twitter.com/oNtcunVw2R

— OptaJoe (@OptaJoe) April 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia satu keputusan yang sukar untuk melepaskannya kerana kami amat menggemarinya," kata Arteta.
"Tetapi dia memerlukan lebih banyak waktu permainan dan memerlukan pengalaman seperti ini.
"Dia telah membuat langkah yang tepat pada detik besar buat mereka dan menjaringkan beberapa gol penting, jadi ia adalah satu berita baik kerana ia bagus untuk perkembangannya."
#Arsenal #Newcastle United #EPL #Joe Willock #Mikel Arteta