Arnautovic mohon maaf insiden kad merah

Penulis Jemputan
Ogos 20, 2017 00:53 MYT
Pemain West Ham United, Marko Arnautovic, memohon maaf kepada semua penyokong pasukan selepas menerima kad merah ketika menentang Southampton, semalam.
Kad merah itu dilayangkan oleh pengadil, Lee Mason, pada babak pertama, sekaligus merencatkan perancangan pengendali, Slaven Bilic, sehingga menyebabkan The Hammers tewas 3-2.
Walaupun bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mengikat kedudukan, sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan oleh Charlie Austin mengesahkan tiga mata buat The Saints.
Arnautovic menggunakan platform media sosial untuk meminta maaf kepada rakan sepasukan serta penyokong di atas perkara yang berlaku.
Bagi Bilic, dia memilih untuk tidak berbicara tentang insiden itu, namun mengesahkan telah bercakap dengan Arnautovic selepas perlawanan.
“Saya seorang pengurus, saya mahu bercakap tentang perlawanan. Saya akan serahkan kepada orang lain untuk berbincang mengenai perkara itu,” kata Bilic.
#West Ham United #Southampton #Marko Arnautović #EPL #Liga Perdana Inggeris