Arab Saudi dipilih tuan rumah Piala Dunia Kelab hujung tahun ini

Muzaffar Musa
Februari 15, 2023 03:16 MYT
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memberikan gelaran tuan rumah kepada Arab Saudi bagi penganjuran Piala Dunia Kelab hujung tahun ini, demikian diumumkan badan induk itu awal pagi tadi.
Kejohanan itu akan mengambil tempat di negara Timur Tengah berkenaan dari 12 hingga 22 Disember depan dengan mengekalkan format tujuh pasukan bertanding.
Badan pengelola bola sepak dunia itu berkata Persekutuan Bolasepak Arab Saudi dipilih secara sebulat suara oleh majlis FIFA -- yang terdiri daripada ahli gabungan daripada konfederasi setiap rantau -- untuk menganjurkan acara berkenaan.
Arab Saudi sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara yang menganjurkan acara sukan di peringkat tertinggi dan mereka juga mungkin sedang membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2023.
Dilaporkan, Arab Saudi, Mesir dan Greece sedang merancang untuk membida penganjuran festival bola sepak terbesar itu selepas Maghribi, gabungan Sepanyol-Portugal-Ukraine dan gabungan Amerika Selatan, yang terdiri daripada Argentina, Chile, Uruguay dan Paraguay, disahkan telah mengantar bidaan.
FIFA akan mengumumkan pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2030 tahun depan, di mana penganjuran Piala Dunia Kelab akan memberikan Arab Saudi satu wadah untuk membuktikan kemampuan mereka.

الاتحاد الدولي لكرة القدم FIFA: السعودية تستضيف كأس العالم للأندية 2023 ??#مونديال_الأندية_بالسعودية#Clubwc pic.twitter.com/2a2pjE87Qi

— الاتحاد السعودي لكرة القدم (@saudiFF) February 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #FIFA #Arab Saudi #Piala Dunia Kelab