Pemain tengah West Ham, Michail Antonio, diketepikan daripada menyertai skuad England kerana mengalami kecederaan hamstring.

Antonio, yang masih belum membuat sebarang penampilan di peringkat antarabangsa, mengalami kecederaan ketika tewas 3-2 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Dan dia telah diketepikan daripada skuad yang akan bertemu Jerman dalam aksi persahabatan dan Lithuania bagi aksi kelayakan Piala Dunia.

England kini menduduki tangga teratas Kumpulan F dalam aksi kelayakan tanpa sebarang kekalahan dan masih belum dibolosi pasukan lawan.